Sabtu, 30 Jun 2018

Solat

Pengertian Solat


Solat atau bahasa Arabnya ialah صلاة; ṣalāt : merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam.

Solat terbahagi kepada dua iaitu;

1. Solat Fardhu
2. Solat Sunat

Solat Fardhu merupakan Rukun Islam ke-2 dari lima Rukun Islam. Solat Fardhu diwajibkan ke atas orang Islam yang sudah baligh dan berakal sebanyak lima kali sehari semalam iaitu;

~ Solat Subuh
~ Solat Zohor
~ Solat Asar
~ Solat Maghrib
~ Solat Isyak


Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.



Bagi mereka yang musafir, ia merupakan rukhsah (keringanan) yang diberikan, dan harus bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya. Ini berdasarkan hadis:-



“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.



Waktu-waktu Solat



Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.
Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.
Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang.
Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq.
Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.


Dalil-dalil Solat


1. Surah Al-Baqarah ayat 149 :
Maksudnya :
" Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan solat ) hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram ( Kaabah ). Sesunggunya perintah berkiblat ke Kaabah itu benar dari Allah ( tuhanmu ) dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan ".
2. Surah Al-Baqarah ayat 150:
Maksudnya:
" Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan solat ) maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram ( kaabah ) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi sebarang alasan bagi orang yang menyalahi kamu, kecuali orang yang zalim diantara mereka ( ada saja yang mereka jadikan alasannya ). Maka janganlah kamu takut kepada cacat cela mereka dan takutlah kamu kepada-Ku semata-mata dan supaya Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah ( mengenai perkara yang benar ) ".

Dalil-dalil Hadis.
Ayat-ayat ini dijelaskan Rasulullah saw dengan sabdanya : “Islam didirikan dari lima sendi : mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah yang Maha Esa, mengaku bahawasanya Muhammad itu pesuruhNya; mendirikan solat; mengeluarkan zakat; mengerjakan haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (HR BUKHARI DAN MUSLIM DARI IBNU UMAR) (TAISIRUL WUSHUL 1 : 13)


Syarat wajib solat



  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

Syarat sah solat


  • Suci dan bersih badannya dari hadas besar dan kecil – Ertinya seseorang itu telahpun berwuduk dan mandi hadas. Sabda Rasulullah s.a.w.
"Allah tidak menerima solat seseorang dari kamu, apabila dia berhadas sehingga dia berwuduk" (H.R. Bukhari,Muslim).
  • Suci dan bersih pakaian serta tempat solat dari najis – Orang yang mendirikan solat wajib suci pakaian dan tempat solatnya dari najis, kecuali najis yang dimaafkan seperti darah yang sedikit, kotoran yang melekat pada kaki dan sebagainya. Dalam kaedah feqah disebutkan bahawa "kesukaran itu dapat menarik keringanan", oleh itu najis yang dimaafkan itu tidak membatalkan solat.
  • Menutup aurat – Adapun menutup aurat bagi wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki ialah diantara pusat hingga lutut. Batas ini paling penting dan wajib ditutup dalam solat. Firman Allah s.w.t.
"Wahai manusia, pakailah perhiasan mu ketika hendak solat di masjid" (Al-A'raf:31).
  • Menghadap Kiblat – Ketika mendirikan solat, kita diwajibkan menghadap kiblat iaitu Kaabah berdasarkan firman Allah s.w.t.
"Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah)" (Al-Baqarah:144).
  • Yakin bahawa waktu solat telah masuk – Dengan yakin telah masuk waktu solat fardu yang hendak dilaksanakan.
(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati syarat sah solat)

Perkara-perkara yang membatalkan solat


  1. Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
  2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
  3. Makan/minum dengan sengaja membatalkan solat.
  4. Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
  5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
  6. Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
  7. Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
  8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
  9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
  10. Meninggalkan rukun solat.
  11. Murtad

Rukun Solat


Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:
  1. Qalbi (diingat dalam hati)
  2. Qauli (diucap dengan lidah)
  3. Fi'li (perbuatan)
Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
  1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
  2. Niat.[Qalbi]
  3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
  4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
  5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
  6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
  7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
  8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
  9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
  10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
  11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
  12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
  13. Tertib [Qalbi]
Note:tama'ninah = berhenti seketika (sekadar menyebut subhanallah)
Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. Tidak rukun bila solat berjemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan Al-Quran; "Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat." (Al-A'raaf/7:204).

Perkara-perkara sunat dalam solat


  1. Sunat Hai'ah
  2. Sunat Ab'adh

Perkara-perkara makruh semasa solat


  • Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).
  • Memandang ke atas (mendongak).
  • Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
  • Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
  • Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
  • Bercekak pinggang.
  • Menyinsingkan kain atau baju.
  • Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
  • Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang air).
  • Ada juga yang mengatakan adalalah makruh ketika solat sambil menutup mata.

Persediaan sebelum menunaikan solat


Perkara yang boleh dilakukan selepas melangsaikan solat


  • Selepas memberi salam,digalakkan untuk duduk berzikir, bertahmid, bertakbir, berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang).
  • Membaca Al-Quran.
  • Berdoa kepada Allah dengan sebaik mungkin serta mengharapkan keampunan dan rahmat dariNya.

Khamis, 28 Jun 2018

Syahadah

Rukun Islam yang pertama adalah mengucapkan dua kalimah syahadah. Dua kalimah syahadah merupakan sebuah tiang agama Islam. Wajib bagi seseorang apabila ingin menjadi muslim atau pemeluk agama Islam mengucapkan dua kalimah syahadah. Istilah mengucapkan dua kalimah syahadah ini dikenal karena terdiri dari dua buah kalimah tapi dibaca dalam satu lafaz.

Dua kalimat syahadat itu ialah;


Jelas bahwa kalimah ini adalah merupakan sebuah pengakuan atau keyakinan dari hati seseorang bahwa tuhan itu hanya satu iaitu Allah dan Muhammad adalah rasulNya. Pengucapan dua kalimah syahadah harus diyakini dengan hati dan diucapkan dengan mulut artinya memang betul-betul menyerahkan diri kepada Allah dan ucapannya terdengar oleh orang yang membimbing atau menyaksikannya. Dengan mengucapkan dua kalimah syahadah maka sah seseorang dikatakan sebagai seorang muslim (pemeluk agama Islam).

Dalam kesehariannnya seorang muslim selalu membaca dua kalimah syahadah pada saat melaksanakan solat fardhu 5 waktu. Artinya ketika melakukan solat dengan khusyuk, seorang muslim akan selalu mengucapkan dua kalimah syahadahnya dengan baik.
Banyak rujukan atau website yang membahas tentang dua kalimah syahadah dan ditinjau dari berbagai sisi. Pada tulisan ini saya memandang dari sisi kehidupan saja. Begitulah cara Islam dalam menjaga hidup penganutnya untuk selalu berada dalam Islam.

Rukun Islam

Rukun Islam terbagi kepada lima iaitu;

1. Mengucap dua kalimah syahadah.

2. Menunaikan solat fardhu lima waktu.

3. Berpuasa pada bulan Ramadhan.

4. Membayar zakat.

5. Mengerjakan Haji bagi yang mampu.